Total Pageviews

Sunday, March 25, 2012

Ninni.

Inilah satu-satunya yang tinggal setelah pemergian Putra. Nama dia Ninnie. Tapi yang seekor ni agak agresif dan pandai bergurau.


Nak tau tak macamana kami jumpa Ninnie ni dulu? Anak perempuan saya ni la dulu suka sangat nak bela kucing. Sampai satu hari tu dia call saya kat office. So saya kata oke jer tapi kena tanya dgn ayah dia dulu sebab hubby saya ni susah sikit tentang bab-bab macam ni. So next day tu, entah macamana petang Jumaat 2008 maybe it's miracle kot, dia call I kat office bagitau yang ada seekor anak kucing datang kat rumah, comel sangat. I kata ok buat jer apa yang patut dulu.


Next day hari Sabtu, biasalah hari cuti bersihkan laman rumah, sapu-sapu sampah tiba-tiba kucing tu datang lagi. Anak I kata ambillah bu kesian dia. So mula-mula kitaorang bela dia kat luar rumah jer. Buatkan dia satu kotak tempat tidur dia semua. Sebab was-waskan nak bagi masuk dulu. Anak I tu la punya rajin dia bela sayang sungguh dia kat kucing tu. Yang bagi nama tu pun hubby I. Tapi yang kesiannya bila malam lah, nak suruh Ninnie keluar sebab siang kitaorang bagilah jugak Ninnie masuk dalam rumah. Dia macam tau jer, tak nak keluar. Dalam beberapa bulan macam tu la keadaannya. Kesian kann!! Tapi satu hari tu, aku bincang dengan hubby sebab dah tak sampai hati sangat dah, kita cubalah bagi Ninnie tidur dalam rumah, siap beli pasir kucing sebab kena ajar dia bab-bab membuang ni. Alhamdulillah dia senang di ajar dan baru tau yang Ninnie ni memang kucing yang pembersih. So sejak hari tu Ninnie dah bebas bermain dalam rumah kami. Lega nooo..! Sampailah sekarang Ninnie dah jadi sebahagian dari keluarga kami. :)








Tuesday, March 6, 2012

Kehilangan.

Tarikh ini 13 Februari 2012 takkan pernah luput dari ingatan. Sesuatu yang paling kami sayang telah pergi selamanya. Kucing kesayangan kami Putra telah tiada lagi. Memang terasa sekali kehilangannya. Suasana rumah tidak lagi seperti dulu tiba-tiba jadi sepi dan kosong rasanya.


Perginya secara tiba-tiba tanpa tahu apakah sebab puncanya. Sehari sebelum dia sepatutnya dibawa untuk full check-up, dia pergi tinggalkan kami. Tu yang kami terasa dan terkilan sangat tu. Putra ni manja. Mungkin ambil masa untuk kami melupakan dia. Segala-gala yang ada kat rumah tu mengingatkan kami pada dia. Especially kat dapur tu. Dialah satu-satunya peneman setia aku setiap kali aku memasak. Siap duduk atas table top tu! Setia dia tunggu sampai selesai memasak.